Friday, August 14, 2009

Luahan rasa....

Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza, namun begitu apa yang membezakannya ialah adakah ia disampaiakn dengan penuh berhikmah ataupun tidak. Selain darpd itu, adakah pendapat itu diselusuri dengan penilaian teliti dan mengambilkira pelbagai perkara... situasinya aku boleh lihat sekiranya bekerja, benar penilaian itu penting dan ia membantu ke arah perkembangan positif bagi membina jati diri dan nilai diri yang tinggi.namun begitu,apabila berhadapan dengan masalah, biasanya yg hebat akan menunjukkan dirinya hebat, tetapi disebalik kehebatannya dia lupa bahawa dia pernah jatuh suatu ketika dahulu. Apabila Allah kurniakan kehebatan, aku merasakan ia penting utk lebih tawadhuk dan sebarkan ilmu dengan org lain dgn penuh hikmah.

Jika dibaca kisah diatas, ia kelihatan kabur...kerana bnyk perkara yang melukakn hati yg x perlu disebut...apatah lagi utk diungkit. sekiranya hati bagai di sayat, baik kiranya berbalik kepada muhasabah diri kepadaNya.kerana semua ini adalah miliknya.dan aku sebagai hamba mudah lupa,bila senang aku rasa seperti hebat sentiasa, pabila sengsara baru aku merintih padanya. sesungguhnya, jika terlajak dalam laku dalam hidup, pintu taubat masih terbuka, ia hny terpulang pada kita,samada ingin melalui laluan itu atau tidak...

Sekadar luahan rasa, jika dipendam akan semakin lara jiwanya....

No comments: